Jun 30, 2013

Abstrak

Rasa yang tak sama. Kadang aku tertanya, apa aku yang berbeza, atau engkau punya perspektif sekata?

Kalau ditanya hati, kalau saja hati itu bisa beri jawapan yang terus tanpa selindung dengan perasaan abstrak yang sukar aku tebak, mungkin saja subjek ini akan menjadi lebih mudah.

Tapi kau, bicara soal hati. Hati yang aku sendiri gagal fahami. Operasinya, kehendaknya, mahunya dan pertahanannya. Yang aku mampu cuma rasa. Rasa yang aku sendiri gagal kawal.

Mungkin.

Pada mata manusia amnya, ros merah itu cantik. Dahlah cantik, wangi lagi! Lalu kau petik, tanpa sedar kau luka terkena duri.

Pada aku warna cantik, bau wangi, itu semua hanya perangkap untuk menjerat manusia merasa peritnya tusukan duri.

Yang takkan pernah.

Sembuh.

Munkin, kita memang langsung tak sama.


No comments:

Post a Comment

They said she said