Jun 19, 2011

Malas

Assalamualaikum ;)


Entri ditaip dalam Bahasa Malaysia kerana kemalasan menaip in English.


     Semalas mana pun saya, salam tetap kena bagi, heeeee. Hari ni rasa malas. Cheit, sebenarnya dah memang selalu malas, saje je bagi hari spesifik untuk hari ini. Sejak cuti ni and officially jobless balik, kemalasan semakin menjadi-jadi. Malasnya saya sampai tahap nak reply text malas, nak jawab phone calls pun malas apatah lagi nak return phone calls, kalau bateri dah kosong, nak charge phone pun malas. Phone, sila jalan sendiri and sendiri cas boleh tak? Kalau bukan sebab phone rumah tak jadi and takut nanti parents call in case of anything, memang lifeless dah phone pinjaman tu, haha. Haih, bukak Facebook and blogger pastu taip entri tah pape ni rajin pulak ea? =.=" Okay, sambung list kemalasan, nak drive hantar adik pergi mana-mana pun malas, nak keluar pun malas, nak pergi shopping pun malas, nak makan minum pun malas. Oh, drive pergi balik KT tempoh hari rajin pulak eah? *cricket sound


Ahem.


     Memandangkan masalah kemalasan sudah tiba pada tahap yang agak kronik maka saya dengan ini mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah kemalasan yang kronik ini kerana dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan untuk jangka masa yang lama. Maka dalam tempoh sisa berbaki selama lebih kurang dua bulan sebelum sambung degree, terfikir jugak nak buat something. Like, belajar memasak. Oh, kalau memasak ni ada dalam syllabus SPM memang dah lama dah, konfem fail. Akan tetapi walaubagaimanapun sekali tidak sukanya pada aktiviti yang berminyak dan berasap ini, sebagai seorang XX homo sapien, la budda (tidak boleh tidak) harus juga belajar memasak sebab nanti kalau agak-agak dah ready nak kahwin, kalau tak boleh masak, fail lahh. Memang tak luluss lah nak kahwin =.=" Asal dua tiga minggu ni asyik cakap pasal kahwin je? Isk. Okay fine, bagi alasan lain, nanti sambung degree, belajar masak, boleh jimat bajet. Ye ke? 


     Anyway, nanti 2 minggu first July, Mak Cik a.k.a my housekeeper nak cuti. Disebabkan time tu Nuyu dah posting, maka dalam senarai hanya ada nama saya untuk calon menjaga rumah. Honestly, sapu-sapu, basuh pinggan etc tu takde masalah tapiiiiii, kalau nak suruh memasak, errr, emm, no komen. Mama ngan abah pun dah slow2 sinis je komen suruh belajar memasak. Ni hah, duk ngaku tak pandai masak, bagitau public gitu dalam blog, nanti kang orang nak masuk minang tak jadi sebab tak pandai masak. Ahhh, kahwin lagi. Isk. Alasan utama suruh belajar masak tu ah, nanti nak kahwin takkan nak makan kat luar hari-hari dan alasan lain yang sewaktu dengannya. Kang kalau cakap taknak kahwin kang pastu jadi doa pastu memang betul-betul tak kawin pastu jadi andartu pulak, hah, baru tauuu. Haiyoh. Maka dengan ini, saya pun akan slow-slow belajar masak, walau sepayah mana pun. Ecehhh. Bajet ngguh, duk ase last-last beli lauk kat luar jugak =.="


     Kalau dulu boleh la lari cari alasan bagai tapi nampaknya kali ini, terpaksa berhadapan dengan masalah ini. Heaven lah sangat cuti panjang kan. Dulu boleh bagi excuse, sibuk blajo, nanti-nanti lahh blaja masak. Now? Hah, hambekk, cuti kemain panjang. Hello, bila saya kata saya tidak pandai masak, tak bermaksud tak boleh langsung. Goreng ikan ayam sayur tu tade hal lahhh, sebelah mata je yaww. Uuuu, tipuuuuuu. Okay fine, tak berapa pun tapi bolehlahh. Tapi nanti 2 minggu Mak Cik tade takkan hari-hari nak bagi makan tu je. Plus, nanti mama and abah nak pergi umrah, kena jaga rumah lagi. Kena masak lagi. Kena jadi driver lagi. Oh, besarnya tanggungjawab, haha. Rasa dewasa lak tetiba :P


     Eksyeli kite jeles ngan kawan kite, Wan Fatinul Hidayah. Jika anda membaca entri ini sila tahu bahawa saya sebenarnya jeles dengan anda. Kitorang tengok Tinul ni dah ada pakej lengkap dah nak kahwin, hik hik walaupun sebenarnya anggaran orang pertama kahwin ialah Raihanah Skema. Hak hak hak. Jeles sebab, anda bukan sahaja tahu memasak bahkan menjahit, siap ambil kelas pastri lagi yaww. Kau ada? Haha. Ahem, sorry. Ingat nak ambil juga kelas menjahit. Almaklumlah, upah menjahit leni bapak ah mahalnyeeee. Time-time kena tanggung ni memang takdehal, upah jahit mama bayar tapi nanti kalau dah kerja? =.="  Ingat dulu ambil kelas menjahit, attend first class je pastu tak pergi. Heheheheh. Bukan taknak tapi sebab ada ehm, masalah transport. Ah yes. Hihi. 


     Ah, tah pape je entri kali ni. Membebel je keje. Isk. Jauh lagi perjalanan sebelum nak mencapai cita-cita saya iaitu, menjadi suri rumah tangga berjaya. Hak hak hak. Oh dah dah, babai ;)

No comments:

Post a Comment

They said she said